Enggan Bertemu Media, Tak Mahu Wajah Dirakam… Mia Sara Pilih Kunci Mulut

Susulan video menari di TikTok tular, rata-rata warganet kecewa dengan penampilan terkini pelakon cilik Mia Sara dan mendakwa dirinya salah dalam memilih kawan.

Ingin mendapatkan penjelasan, Mia memilih untuk tidak ditemu bual oleh media baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Mia yang hadir di sebuah program bersempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka semalam dirinya enggan ditemu bual oleh pihak media.

Bukan itu sahaja, pelakon remaja itu turut tidak membenarkan wajahnya dirakam kecuali untuk tujuan jenama yang dihadirinya.

Malah, Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan turut didekati oleh beberapa orang pegawai perhubungan awam untuk ‘memujuknya’ berjumpa media, namun tidak berjaya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai sebuah video yang memperlihatkan Mia Sara menari di tiktok dengan mengenakan pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari