Terlalu Cantik, Individu Minta Sophia Albarakbah Cari Jejaka Lebih Elok Dari Aliff Aziz? Tuan Badan Tampil Respons

Pelakon sensasi, Sophia Albarakbah mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa keping foto di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, ramai dalam kalangan netizen memuji kecantikan dan senyuman manis dipaparkan oleh aktres drama rantaian Suamiku Lelaki Pendosa ini.

Susulan itu, menerusi tangkapan skrin oleh portal hiburan Hangat, ada individu meminta Sophia untuk mencari jejaka lain dan tidak bersama dengan aktor, Alif Aziz.

“Elok-elok macam ni, jangan la ambil Alif Aziz tu.. Tak untung apa, cari la lain,” tulis individu berkenaan.

Tidak berdiam diri, Sophia tampil membalas komen tersebut dengan ringkas seolah-olah tidak bersetuju dengan pendapat individu tersebut.

“Ewww siapa kata,” jawabnya berserta emoji muntah.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, komen tersebut bagaimanapun telah dipadam daripada pautan foto tersebut.

Sebelum ini, Bella telah mendedahkan seorang pelakon wanita cuba mendekati dan menaruh perasaan terhadap suaminya.

Malah, Aliff juga tampil meleraikan segala persoalan dan menyatakan pelakon wanita itu adalah Sophia Albarakbah yang menjadi punca rumah tangga mereka bergolak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Dia ‘Missed Call’ 8 Kali, Non Stop Mesej Di WhatsApp… Dia Kata Dia Bodoh Kerana ‘Tersuka’ Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba Try Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Nafi Apa Yang Bella Astillah Dedahkan” – Lerai Persoalan, Aliff Aziz Jawab Spekulasi Dengan Sophia Albarakbah

Artikel Berkaitan: Dedah Bukti Perbualan, Simpan Nama ‘Sophia B**sia’ Di WhatsApp… Netizen Tuduh Bella Astillah ‘Over’

Terdahulu, Bella tampil mendedahkan bahawa kenyataan Sophia yang hadir pada acara nyanyian popular baru-baru ini adalah untuk memberi sokongan kepada sepupunya yang juga penyanyi, Aisha Retno adalah menipu dan putar belit.

Tambahnya, nama aktres berkenaan juga tidak tersenarai dalam senarai tetamu program tersebut, malah Sophia juga dilihat keluar dari dewan seusai Aliff membuat persembahan.

Artikel Berkaitan: “Bukankah Patut Jaga Hati Isteri Lagi Penting”- Bella Astillah Sentap Kenyataan Aliff Aziz Isu Babitkan Sophia Albarakbah

Artikel Berkaitan: Tiada Niat Terselindung, Sophia Albarakbah Hanya Beri Sokongan Untuk Aisha Retno

Artikel Berkaitan: Puji Bella Astillah Lebih Matang, Aliff Aziz Takkan Berlakon Dengan Sophia Albarakbah Lagi – “Dia Hanya Ingin Terbaik Untuk Saya”

Artikel Berkaitan: Berani Kerana Benar, Bella Astilah Dedah Bukti Perbualan Dengan Sophia Albarakbah – “Please Forgive Me, I Nak Tebus Salah”

Artikel Berkaitan:“Nak Jadi Pelakon Ke Nak Jadi Pelac*r?” – Isu Pelakon Wanita ‘Tersuka’ Suami Orang, Ini Komen Pedas Nabila Huda

Aqilah Paharuzi