Terpaling Juara: “Kau Siapa Nak Sound-Sound Aku?” – Ifa Raziah Bidas Komen Guru Vokal

Penyanyi senior, Ifa Raziah membidas semula komen seorang guru vokal, Shaffiq Erwin yang menegur teknik yang digunakan oleh penyanyi tersebut di pentas Terpaling Juara.

Ifa menerusi komen balas di Instagram guru vokal tersebut menyatakan dia tidak pernah mengenali individu itu dalam industri hiburan.

“Kau siapa nak sound-sound aku ni nyanyi sumbang ke apa? Aku tak kenal kau pun dalam industri ni? Umur aku dah dekat 50 tahunt, memanglah suara kadang-kadang ‘ke laut’ sikit.

“Kau suruh mak kau nyanyi, aku nak tengok. Semua artis akan lalui fasa ni bila dia orang dah berumur, baik Hollywood, Kollywood atau Greenwood. Semua yang. dulu suara ‘high pitch’ tak akan dapat macam suara 20-30 tahun yang lalu,” tulisnya.

Komen balas tersebut dikongsikan sendiri oleh Ifa menerusi ruang komen di hantaran Instagram Shaffiq.

“So respect lah sikit kami yg tua ni. Nak compare dengan budak-budak muda memang lah kami tak mampu nak lawan.

“Kau yang muda pun suara tak kemana, aku nak tengok suara kau masa umur kau 50 nanti. Kau tunggu masa tu akan tiba,” jelasnya lagi.

Tambah Ifa, kalau dibandingkan dengan penyanyi remaja, memang tiada daya dan kemampuan untuknya bertanding.

“Aku masuk pertandingan ini suka-suka saja, bukan fasal duit. Setakat RM100,000 itu, aku pun ada.

“Tak payahlah kutuk-kutuk, kita hidup ini santai-santai saja, apa yang masalah sangat pada kau? Kalau aku sumbang dan tersingkir pun, aku tetap Ifa Raziah!” tegasnya membela diri.

Walaubagaimanapun, Shaffiq sekadar membalas komen Ifa dengan mengucapkan semoga maju jaya buat penyanyi itu dan dilihat tidak melayan komen ‘serangan’ dari Ifa Raziah.

Sumber: IG Shaffiqerwin

Khairil Khusyairi