Pinggang Lentik Nora Danish Jadi Perhatian, Netizen Dakwa Kantoi Edit Lagi!

Pelakon jelita, Nora Danish sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik fotonya memakai busana berwarna hitam bersama suami sambil mempromosikan produk minyak wangi berjenama mewah di Instagram miliknya beberapa hari lalu.

Namun, foto tersebut didakwa telah disunting kerana menampakkan bentuk badannya yang terlalu melentik terutamanya dibahagian pinggang.

 

Bahkan, rata-rata netizen mendakwa Nora sebenarnya telah memadam hantaran awal yang telah dimuat naiknya dan menggantikan dengan foto terkini yang terdapat di Instagramnya itu memandangkan keadaan pintu tersebut tidak lagi senget.

Tidak menghiraukan komen yang tinggalkan, Nora bagaimanapun dilihat tidak memberikan respons balas berhubung isu tersebut.

Malah, pengikut aktres tersebut dilihat tetap memuji penampilan Nora yang kekal cantik walaupun beliau kini sudah berusia 40 tahun.

Terdahulu, Nora pernah terpalit dengan kontroversi sama apabila dikatakan ‘terkantoi’ menyunting gambarnya secara keterlaluan demi mendapatkan bentuk perut yang lebih langsing.

 

Sumber: Instagram

Salma Syahbuddin