Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis – “Wallahi, Tak Terniat Nak Buat Perkara Keji Itu..’

Tular sebuah video pendedahan berani pelakon remaja Puteri Balqis, 15, yang mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual serta menceritakan perwatakan bapa kandungnya pada umum meraih perhatian ramai.

Rata-rata netizen menggelarkan bapa Puteri Balqis yang mesra disapa Aqish itu sebagai seorang ayah yang zalim.

Artikel Berkaitan: “Walau Sesial Mana Ibuku…” – Luahan Hati Puteri Balqis & Ibu Buat Warganet Emosi

Artikel Berkaitan: Digelar S*ndal, Pengemis & Sengaja Jual Badan, Puteri Balqis ‘Sarkastik’ Bidas Netizen Puaka

Terkini, sebuah ciapan tular mendakwa teman rapat kepada bapa Aqish itu memuat naik dua tangkapan layar perbualannya bersama bapa aktres cilik itu.

Menerusi foto tersebut, difahamkan bapa Aqish menafikan dakwaan tersebut dan telah membuat laporan polis susulan didakwa telah mencemarkan maruah anaknya.

“Sorry uncle tak boleh nak dedahkan balai mana dan sebagainya tapi memang dah buat laporan polis.

“GG masih waras dan wallahi memang tak terniat atau terfikir GG nak buat dan katakan benda-benda keji itu,” kata bapa Aqish.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata bapa Aqish telah membuat laporan polis di Balai Bandar Baharu, Kedah, semalam bagi menafikan dakwaan mengenai sikap buruknya serta layanan keji kepada isteri.

“Setakat ini, tiada laporan (polis bapa pelakon remaja) diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur,” katanya.

Aqilah Paharuzi