Featured By: Aqilah Paharuzi April 2, 2022 @ 4:32pm

Terpanggil Menjayakan Misi Kemanusiaan Di Lubnan, Anuar Zain Persiap Mental & Emosi

Penyanyi tersohor Anuar Zain mengakui tidak pernah menduga dia akan menjejakkan kaki ke Lubnan bagi menyantuni pelarian Syria bersama Syria Care menjelang Ramadan nanti.

Tidak mempunyai sebarang tujuan lain, Anuar berkata Pengerusi Syria Care, Ustazah Siti Sakinah memaklumkan misi kemanusiaan ini adalah untuk memberi sokongan emosi selain menyediakan makanan iftar kepada 1,000 keluarga di sana.

“Menurut Ustazah Siti Sakinah, kita bukan saja menyumbangkan dari segi wang ringgit, tetapi juga sokongan dari segi emosi yang turut memainkan peranan penting.

“Kehadiran kita memberikan mereka kekuatan bagi meneruskan hidup. Sebagai manusia, kita dilahirkan untuk berkongsi dan membantu dari apa yang termampu untuk mendapat keredhaan Allah SWT,” katanya.

Adik kepada penanyi terkenal Ziana Zain itu seolah menyifatkan misi kemanusiaan ini sebagai salah satu cara untuk mengumpul saham akhiratnya.

“Kita ni apabila sudah puas bekerja untuk diri dan keluarga tapi kadang-kadang kita rasa terpanggil, adakah sudah cukup kita membantu dan memberi kesenangan kepada orang lain?

“Dengan adanya Syria Care, saya terpanggil menjayakan misi ini. Tak terfikir untuk membuat lagu, saya hanya mahu memberikan sepenuh kudrat yang ada untuk membantu mereka,” katanya.

Bersyukur setiap langkah dan perjalanannya mendapat restu ibu bapa, Anuar lebih yakin dengan tindakan yang diambilnya.

Tambahnya, Anuar yang begitu teruja untuk berpuasa selama 17 jam buat pertama kali dalam hidupnya, dia tidak dapat menjangkakan bagaimana keadaan di sana namun perkara utama kepadanya adalah untuk menzahirkan bantuan.

“Soal keselamatan dan keselesaan kita letak tepi, apa yang penting adalah kelancaran misi kemanusiaan ini. Saya tidak mahu menitiskan air mata ketika melihat anak-anak kecil yang ditindas, cuma tidak dapat menjangka apabila berada di sana nanti.

“Ustazah Siti Sakinah memaklumkan kepada saya di sana nanti mereka mungkin akan tidur di hotel, menumpang rumah orang dan sebagainya.

“Saya tak kisah bab itu. Bagi saya, soal keselesaan letak tepi dulu.

“Saya dijangka berangkat 11 April selama lapan hari yang mana misi bakal bermula di Turki sebelum ke Syria dan Lubnan. Teruja rasanya hendak berpuasa selama 17 jam yang mana pengalaman itu adalah sesuatu yang baru buat saya,” luahnya.

Sementara itu Anuar turut menyeru orang ramai untuk turut sama membantu dalam memberi sumbangan seikhlas hati waima melalui apa cara sekalipun sudah cukup bermakna kepadanaya.

“Kami mensasarkan untuk mengutip kira-kira RM225,000 untuk disumbangkan bagi misi kemanusiaan kali ini. Oleh itu, saya menyeru semua pihak untuk menghulurkan bantuan.

“Tidak kisah dalam apa jua bentuk. Biarpun sekadar berdoa, itu pun turut dianggap sebagai sumbangan buat mereka yang memerlukan dan ditindas,” katanya ketika ditemui di sidang media Misi Kemanusiaan Syria Care 13.0 dan kerjasama syarikat pengurusannya, Anuar Zain Network di pejabat Syria Care, Shah Alam pada Selasa.

Lokasi agihan kempen kali ini merangkumi tiga buah negara iaitu Syria, Lubnan dan Turki.

Kawasan agihan yang dipilih adalah tempat yang mempunyai ramai pelarian Syria yang hidup dalam keadaan daif dan serba kekurangan.

Kerjasama ini diharapkan dapat menarik lebih banyak pihak untuk tampil membantu khususnya menaja set iftar serendah RM15 atau pek makanan kering bernilai RM150 bagi meringankan beban pelarian Syria sepanjang Ramadan ini.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui pautan khas Anuar Zain iaitu donate.syriacare.org.my/order/form/orderfood/anuarzain

Kredit Foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Jan 2019
Hiburan Sat, 6 Oct 2018

张学友越跳越年轻!赞大马歌迷配合满分「犹如主场」

相隔不到九个月的时间,「歌神」张学友破纪录再度来马举办《A CLASSIC TOUR 学友·经典》世界巡迴;长达3小时的唱跳演出,让他自夸越跳越年轻,更大赞歌迷配合度满分,在大马演出「犹如主场」。

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Atikah Suhaime Tak Kisah Suami Boroi Asal Berduit?

Siapalah agaknya yang dapat hinggap di hati Atikah?

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

‘Pandang Saya Sebagai Penyanyi Bukan Penyampai Radio’- Young & Gentleman Buah Tangan Terbaru Haiza

Lama tak muncul dengan single, Haiza siap sedia menawan balik industri hiburan dengan ‘Young & Gentleman’. Mesti best ni!

Featured Fri, 22 Feb 2019
LIFESTYLE Fri, 4 Jan 2019
Events Wed, 4 Sep 2019

With Just RM49, This is a Definitely Must-Go For September Dates and Family Days!

Coming back bigger and better, Swiss Dream Circus of Switzerland is devising a perfecting conjoining hubs of impressive acrobats and bravery form circus performers from all corners of the world.

Hiburan Fri, 4 Mar 2022
Drama Tue, 7 Jun 2022

“Market Kita Bukanlah…” – Drama Melur Untuk Firdaus Bakal Tembusi Pasaran Indonesia? Ini Respons Penerbit

Fuhh bukan biasa-biasa drama ni 😍 Siap ada peminat dari negara seberang, memang terbaik!

error: Content is protected !!