Terserahlah…Janna Nick Tak Kisah Dah

Seiring dengan peningkatan umur ke 23, pelakon dan penyanyi Janna Nick menyatakan hasrat dirinya untuk berubah.

Sebelum ini, Janna mengaku agak lantang bersuara jika dia dihentam di media sosial

“ Saya berazam untuk tidak lagi lantang. Tetapi dalam masa sama saya tak sanggup menjadi ‘plastik’ atau berpura-pura hanya bimbang tak disukai.

“ Saya harap orang luar di sana dapat terima kelebihan dan kekurangan diri ini,” katanya kepada BH Online.

Janna yang kini meledak dengan lagu Akan Bercinta berkata, setiap teguran yang diterima akan cuba diperbaiki demi kebaikan diri sendiri.

” Selalu dihentam dan ditegur, tetapi saya tidak melatah. Apa yang baik saya terima.

“ Jika rasa bersalah, saya akan cuba perbaiki kesilapan itu. Saya tahu tidak semua boleh menerima cara saya, namun terserah kepada penilaian mereka.

“Sama ada mahu menyokong kerjaya atau hanya ingin mencari kesilapan saya biarpun sebesar zarah, itu terserah. Saya tiada mempunyai kuasa untuk membuatkan semua pihak sayang dan selesa. Saya tidak mahu tertekan memikirkan pandangan orang lain.

“Ada baiknya saya memberikan perhatian kepada mereka yang ikhlas menyayangi. Secara jujur, sudah lebih enam bulan saya membiarkan netizen ‘membawang’ apa sahaja mengenai diri. Apa juga yang mereka katakan, saya tidak layan,” katanya.

 

SGMS Faida