Teruja Galas Tanggungjawab Baharu, Tahniah Izzmad Harun!

“Ini pengalaman baharu dan saya sedia menjalankan tugas sebaiknya,” kata penyanyi Izzmad Harun yang dilantik sebagai ahli jawatankuasa Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), baru-baru ini.

Selain pelakon Fasha Sandha, Izzmad turut bersetuju dengan pelantikan yang diumumkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan persatuan itu ke-18 diadakan.

“Alhamdulillah, saya teruja dengan pemilihan dan tidak sangka dapat menjadi salah seorang AJK SENIMAN untuk sesi 2019-2021. 

“Insha Allah saya akan lakukan yang terbaik dalam mewakili rakan-rakan artis untuk menjaga kebajikan mereka dalam tanah air,” katanya kepada Xtra.

Selain Fasha dan Izzmad, tujuh AJK turut dilantik iaitu Salman al-Farisi, Aliff AF8, Keena Mentor, Nor Azifah, Ayati Tasrip dan pelakon baharu, Sivakumar.

Dalam pelantikan kepimpinan baharu SENIMAN sesi 2019-2022, Zed Zaidi mengekalkan jawatan Presiden untuk penggal keempat berturut-turut, selepas menang tanpa bertanding.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, pemangku terdahulu, Zuraini Kassim mengisi kekosongan itu yang ditinggalkan oleh Zack Kool.

SGMS Faida