The Pak Mat Clan Tampilkan Seniman Serba Boleh Imuda

Slot Sakura TV3 sekali lagi tampil dengan drama komedi bersiri ‘The Pak Mat Clan’ yang menampilkan seniman serba boleh, Imuda sebagai Pak Mat yang mengendalikan sebuah kafe, Sitdown Coffee.

Diarahkan oleh Safuan Rasyid dengan nukilan skrip bersama Aloy Paradoks, Rayza Mukmin dan Taqim Zaki ini turut menampilkan  barisan pelakon hebat seperti Imuda, Aishah Atan, Ezzrin Loy, Iman Suhana, Qistina Khaled dan ramai lagi.

The Pak Mat Clan mengisahkan ragam Pak Mat yang berdepan dengan pelbagai masalah seperti kekurangan pelanggan di kafenya, maka Pak Mat bercadang untuk meluaskan perniagaan mereka dengan membuka cawangan di Bali. Namun, cadangan ini dibantah oleh Puan Sally kerana dia merasakan bahawa cadangan tersebut hanyalah pengaruh Encik Im.

Tidak terhenti di situ, Pak Mat juga berdepan masalah apabila anak bongsunya, Nurul  berhadapan masalah di kolej dengan Prof Hamdan yang mula berubah sikap.

Dalam pada masa yang sama, Nurul juga terasa disisihkan oleh Pak Mat yang sering melebihkan Jay dalam segala hal. Dapatkah Pak Mat menyelesaikan segala ragam keluarganya itu?

Saksikan drama The Pak Mat Clan yang kini bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 6.00 petang menerusi slot Sakura TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

Khairil Khusyairi