Lebih Riuh…Kampung People Kini Kembali Untuk Musim Ketiga!

Drama bersiri popular, Kampung People bakal menemui penonton dengan musim ketiga.

Dengan mengekalkan barisan pelakon asalnya iaitu Rashidi Isyak (Razif), Elly Mazlein (Mona), Riena Diana (Laila) dan Kamarul Eqifshah (Imran/Yummy), Kampung People 3 akan menemui anda semua menerusi slot Lestary.

Lebih menarik, drama komedi santai kekeluargaan arahkan Wan Hasliza Wan Zainuddin ini bakal menceritakan tentang keluarga Razif yang dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka setelah ditidurkan selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Berbezanya kali ini, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar demi keselamatan yang lebih terjamin.
Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar.

Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?

Saksikan nasib mereka dalam musim baharu ini!

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan Kampung People 3 menerusi slot Lestary bermula pada 18 November 2022 ini pada pukul 9.30 malam dan episod seterusnya pada 23 November 2022 setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3. Anda juga boleh strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

Khairil Khusyairi