The Void Avengers Damage Control Pastinya Luar Biasa!

Peminat tegar filem Marvel pastinya masih belum move on dengan filem Avengers: Endgame kan? Ha, ini ada berita baik untuk korang. Genting Highlands kini bakal memberi satu pengalaman hebat buat semua peminat filem tersebut kerana, korang sendiri bakal menyaksikan karakter adiwira ini secara Live dan korang juga boleh beraksi bersama mereka!

Excited bukan?

Di The Void, filem Avengers: Damage Controls akan memberikan korang satu pengalaman Virtual Reality (VR) dimana, korang sendiri dapat merasai pengalaman menjadi adiwira sebenar sama seperti dalam filem tersebut.

 

Jom lihat pengembaraan team Xtra dalam The Void baru-baru ini.

 

 

Haa, apa tunggu lagi? Rasai pengalaman yang cukup luar biasa ini hanya di The Void, Genting Highlands!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari  www.rwgenting.com.my

Syafiqa Irdina