‘Tiba Masa, Saya Beritahu’ – Haliza Misbun

Pelakon Haliza Misbun mengaku sudah lima tahun menjalinkan hubungan bersama seorang jejaka Inggeris.

Dalam masa sama, pelakon berusia 45 tahun ini memaklumkan hubungan mereka bakal melangkah ke fasa baharu dalam masa terdekat.

“ Memang ada rancangan untuk bawa hubungan ini ke fasa lebih serius.

“ Bila tiba masa untuk mendirikan rumah tangga, saya akan umumkan. Namun tak perlu rasanya saya dedahkan secara terperinci tentangnya. Kalau boleh saya nak jarakkan hal kerjaya dan peribadi,” katanya ketika ditemui di sidang media teater perdana Pokok di Sanggar Tun Sri Lanang, Dewan Bahasa Dan Pustaka, baru-baru ini.

Dalam teater ini, Haliza bakal bergandingan dengan Ebby Saiful, Rahim Jailani dan Buyung Zasdar.

Pokok yang merupakan olahan skrip daripada bekas pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaafar bakal dipentaskan di Auditorium DBP bermula 7 hingga 16 Disember ini.

Tiket berharga RM30 dan RM50 boleh didapati menerusi www.airasiaredtix.com bermula 12 November ini.

SGMS Faida

Recent Posts