Categories: HiburanSelebriti

#SFMM33 : Siti Sarah Makin Power Dalam Lagu Semakin

Walaupun namanya sudah lama menyepi di pentas besar seperti  Anugerah Juara Lagu (AJL) sejak 10 tahun yang lalu, namun itu bukanlah penghalang bagi penyanyi hebat ini untuk mengetengahkan single terbaharunya berjudul Semakin. 

Justeru itu, lagu Semakin juga tersenarai anatara lagu yang bersaing pada minggu pertama Separuh akhir Muzik-muzik ke-33 (SFMM33) baru-baru ini. 

Melihat kepada persembahan beliau pada SFMM33 lalu, ramai yang beraggapan penyanyi ini antara yang mempunyai kekuatan vokalnya tersendiri. Dan, biarpun sudah lama tidak beraksi di pentas besar seperti Muzik-Muzik, Siti Sarah nampaknya masih mampu menunjukkan taring beliau.

Terpilih sebagai lagu terbaik, Sarah bagaimanapun tidak meletakkan apa-apa harapan namun tetap memberikan persembahan yang terbaik ketika mendendangkan lagu tersebut.

” Syukur alhamdulillah, terima kasih buat suami, pihak pengurusan, Indigital Music dan kelab peminat yang tidak henti memberikan sokongan terhadap kerjaya seni saya. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata perssaan gembira ini. Dan, saya ingin memberi yang terbaik. Ini kerana saya bersaing dengan 11 karya yang terbaik.

Sumber : Instagram @sitisarahraisuddin

Tambahnya lagi, ini adalah kejayaan indah dalam kerjaya seni beliau selepas lama menyepi. 

” Sudah semestinya saya berharap di pentas akhir AJL di mana kali terakhir saya beraksi adalah kira-kira 10 tahun lalu”

Dalam perkembangan lain, Sarah dan Suami, Shuib bakal menunaikan ibadat umrah tidak lama lagi. 

Salma Syahbuddin