Categories: HiburanSelebriti

Tidak Lagi Sorok Status, Glenn Fredly Akhirnya Tayang Gambar Isteri

Penyanyi Glenn Fredly yang sebelum ini berteka teki dengan status perkahwinannya akhirnya berterus- terang menerusi sekeping gambar.

Menerusi akaun Instagramnya, pelantun lagu Januari ini memuatnaik gambar bersama isteri tersayang, Mutia Ayu.

Semalam, Mutia Ayu yang merupakan penyanyi dangdut Indonesia memuat naik sekeping gambar perkahwinan dengan kapsyen ‘Forever Love @glennfredly309’.

Dengan meletakkan emoji bentuk hati dan mawar merah, gambar berkenaan ternyata mencuri perhatian peminat pasangan selebriti ini.

Glenn pula membalas dengan menulis ‘Happy Monday’ kepada si isteri.

Rata-rata peminat pasangan penyanyi ini mendoakan agar Glenn dan Mutia terus mengecap bahagia dalam melayari bahtera perkahwinan.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Januari, Glenn Fredly telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi dangdut Mutia Ayu, dalam sebuah majlis tertutup pada 19 Ogos lalu.

Ini adalah pernikahan kedua bagi Glenn Fredly. Terdahulu, dia pernah mendirikan rumah tangga Dewi Sandra. Perkahwinan itu bertahan selama tiga tahun sebelum bercerai pada 2009.

SGMS Faida