Categories: HiburanSelebriti

Lebih Selesa Begini…Tasha Shilla Tolak Kontroversi

Pelakon Tasha Shilla mengaku lebih bahagia tanpa dikaitkan dengan cerita kontroversi berbanding di awal kemunculannya dulu.

Kata pelakon drama Kau Yang Pertama ini, dia kini lebih berhati- hati berkongsi kisah peribadi dengan masyarakat.

“Kalau dulu sewaktu usia masih mentah dalam industri, saya lebih terbuka bercakap tentang hal percintaan. Saya mengaku tidak fikir panjang dalam membuat kenyataan sehingga memakan diri.

“Kini saya sudah lebih matang dalam membuat keputusan termasuklah hal yang mahu dikongsi dengan peminat. Saya pilih untuk bercakap mengenai hal kerjaya sahaja. Itu lebih baik,” kata Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abdul Razak.

Akui Tasha, pengalaman lalu membuka mata untuk lebih kenal dengan siapa kawan dan siapa sebaliknya.

“Dahulu, saya seronok setiap kali keluar dan dapat bersama kawan. Memang kawan saya ramai, tetapi sekarang saya belajar bataskan pergaulan.

“Saya juga tidak lagi gemar membuang masa di luar. Lebih baik saya bersama keluarga dan apabila ada masa terluang, saya akan membaca buku, terutama berkaitan motivasi,” katanya. 

SGMS Faida