Tidak Tolak Jodoh Andai Bersama Emma – Kamal Adli

Pelakon kacak dan berbakat, Kamal Adli semestinya tidak lari daripada usikan dan soalan-soalan panas tentang status perhubungan beliau bersama pelakon, Emma Maembong.

Mungkin ramai diluar sana tertanya-tanya apakah agaknya status terkini Kamal Adli bersama Emma memandangkan kedua-duanya dilihat mengambil langkah mendiamkan diri. Namun, ketika ditemui semasa siri jelajah Drama Sangat 2018 baru-baru ini, Kamal berkata, mereka kini masih berkawan.

” Saya dengan Emma, kami just berkawan je, honestly kita berkawan je mungkin ada sesetengah benda yang kami buat silap tapi kalau ada jodoh, kalau tak lari memang jodoh saya dengan dia, saya hanya boleh cakap doa kalau jodoh saya dengan dia in shaa allah saya tak tolak kalau jodoh saya dengan dia.” Katanya

Menurut Kamal, walaupun sudah tiada hubungan cinta bersama Emma, namun mereka masih baik dan masih berhubung seperti biasa. 

” Cuma sekarang ni, mungkin masing-masing tengah fikir tentang kesilapan masing-masing. Dan kami masih berhubung seperti biasa. Lagipun saya tiada sesiapa dan tak silap saya dia pun takde sesiapa cuma sekarang ni kami berdua faham situasi yang sedang berlaku yang saya pun tak boleh nak ceritakan apa masalah tu sebenarnya.”

Sumber : Instagram @kamaladli

Tambah pelakon Jika Masih Ada Rindu ini lagi, beliau mengakui tidak mempunyai mana-mana pengganti lagi dan biarlah semuanya menjadi rahsia antara diri beliau dan juga Emma Maembong.

” Bagaimanapun, kami berdua tidak meletakkan apa-apa harapan dalam hubungan ni, takut sama-sama sakit pula nanti kan? Cuma kalau betul ada jodoh saya aminkan, lagipun usia kami dah meningkat. tapi, kalau ada apa-apa yang berlaku biarlah hanya kami berdua je yang faham.

“Kalau tak jadi pun saya nak orang mendoakan yang terbaik dan saya pun mendoakan yang terbaik” Jelasnya

Kamal ditemui dalam siri jelajah Drama Sangat 2018 bagi mempromosikan drama terbaru lakonan beliau bersama Siti Saleha bermula 22 November ini padajam 10 malam di slot Samarinda TV3.

Salma Syahbuddin