Tiffany Young Bakal Pesaing Ed Sheeran, Jason Mraz?

Lebih selesa bergerak solo selepas mengambil keputusan tidak lagi menyertai kumpulan SNSD, Tiffany Young kini mempunyai wakil baharu.

Terdahulu, penyanyi berusia 28 tahun ini mula dikenali sebagai Tiffany atau Tiffany Hwang namun menukar nama pentas ke Tiffany Young.

Koreaboo melaporkan kerjaya Tiffany kini diuruskan oleh Paradigm Talent Agency yang turut mewakili nama besar seperti Ed Sheeran, Tiesto, Jason Mraz dan Idina Menzel.

Tiffany turut melancarkan lagu baharunya berjudul Remember Me yang turut dijadikan lagu runut bunyi filem terbitan Disney, Coco.

SGMS Faida

Recent Posts