Categories: Trending

Anak bekas Exco Terengganu Maut Dalam Kemalangan

Al-Fatihah buat anak bongsu Muhammad Izzat Husaini yang merupakan anak bongsu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Datuk Mohd. Jidin Shafee.

Mangsa dilaporkan maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini semalam.

Difahamkan, mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke HSNZ dan disahkan meninggal dunia pada pukul 5.40 petang di wad kecemasan ketika sedang menerima rawatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Mohd. Jidin, 17, disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat parah pada beberapa anggota badan. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengkuatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Abd. Razak Hasan berkata, kejadian yang berlaku di simpang tiga itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu wanita berusia 30 tahun dan mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Terdahulu, jenazah pelajar tahun dua Kolej Vokasional Wakaf Tembesu itu disembahyangkan di Masjid Al-Khalifah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syeikh Ibrahim, Jalan Pusara di sini pada pukul 11 malam semalam.  

SGMS Faida