Tiffany Young Tampil Garang Dalam Teaser Solo Terbarunya “Run For Your Life”

Buat kesemua “Young One” atau “Sone” Malaysia, are you guys ready? Kerana Tiffany Young akan segera comeback dalam bulan Oktober ini! Tak sabarnya!

Tiffany Young yang merupakan bekas ahli kumpulan K-pop terkenal Girl Generation tampak lebih selesa dan matang selepas bergerak solo. Tiffany akan kembali dengan lagu barunya iaitu “Run For Your Life” setelah mengeluarkan lagu sebelum ini, “Magnetic Moon” pada 2 Ogos lalu.

 

Penyanyi berusia 30 tahun ini memulakan karier solonya pada tahun 2018, Tiffany memuat naik beberapa scene dalam muzik videonya di laman Instagram miliknya beberapa hari yang lepas. Netizen juga dilihat meninggalkan komen di ruangan instagram miliknya itu dengan menulis kerana tidak sabar mendengar lagu terbaru beliau.

 

Sumber: @tiffanyyoungofficial
Sumber: @tiffanyyoungofficial

Tiffany kelihatan lebih seksi dan garang dalam foto yang dimuat naik itu. Konsep yang dibawakan oleh Tiffany untuk albumnya kali ini juga adalah lebih dramatik dan garang dengan mengenakan pakaian serba hitam! 

So, buat peminat-peminat Tiffany, muzik video Run For Your Life akan dimuat naik khas untuk korang pada 11 Oktober nanti. Nantikan ya! Korang yang masih belum menonton teaser Run For Your Life, korang boleh check it out kat bawah ni okay!

 

Syafiqa Irdina