Timang Bayi Kelima, Fazren Rafi Hadiahkan Kereta Baru Buat Isteri

Pelakon Fazren Rafi berkongsi berita gembira apabila isterinya, Syarifah Marlina Ashikin, 37, selamat melahirkan bayi perempuan pada Isnin.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fazren meluahkan rasa syukur dan terima kasih atas pengorbanan isteri melahirkan cahaya mata kelima mereka itu.

“Alhamdulillah, selamat melahirkan baby girl 2.8kg pukul 12.01 malam tadi.

“Malam tadi bila lihat perjuangan, pegelutan, pengorbanan isteri yang melahirkan zuriat terasa keinsafan dalam diri, rasa nak bagi dunia pada dia, tak nak lukakan hati dia, tak nak dia kecewa dengan sikap kita.

“Tetapi itulah kita ini iman senipis kulit bawang. Sekejap sahaja keinsafan, lama sikit lupalah.

“Apa pun Faz akan buat yang terbaik untuk isteri dan keluarga. Yang paling penting Faz akan senantiasa ingat dan hargai segala pengorbananmu isteriku,” luah Fazren.

Embed ig

Lebih mengujakan, Fazren membuat kejutan apabila menghadiahkan kereta baharu pada isterinya.

“2013 hingga 2023 banyak yang kita lalui bersama dengan kereta City. Itulah kereta kerja, angkat ayam, ikan, sayur bagai, itulah juga kereta jalan.

“Sampai sekarang kereta masih ada dan tak akan jual sebab kereta itu lah yang saksikan turun naik Faz dan tak pernah buat masalah.

“Sekarang Faz ada rezeki lebih, happy dapat bagi wife kereta baru untuk dia. Timing cantik pula tu, lepas baby bersalin kereta keluar. Enjoy your new ride sayangku,” kongsi Fazren.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohd Fazren (@fazrenrafi)

 

Fazren dan Syarifah mendirikan rumah tangga pada 2011. Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohd Rizqin Quwais, 9; Rizqeen Humaira, 8; Mohd Rizqin Haqq, 5, dan seorang anak angkat Mohd Rizqin Qayyum, 11 tahun.

Khairil Khusyairi