“Segala Kemusnahan Sudah Dilakukan Syamsul” – Hubungan Hampir Temui Titik Noktah, Puteri Sarah Tekad Failkan Perceraian

Pelakon jelita Puteri Sarah Liyana tekad untuk memfailkan penceraian selepas mendirikan rumah tangga bersama pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Memetik laporan Harian Metro, Sarah yang merupakan isteri pertama Syamsul menganggap perkahwinannya hampir menemui titik noktah selepas Syamsul membuat pengakuan telah berkahwin dengan Ira Kaza, namun Syamsul menyatakan hasrat untuk berdamai.

“Segala kemusnahan sudah dilakukan oleh Syamsul. Saya akan failkan perceraian,” ujarnya kepada Harian Metro.

Bukan itu sahaja, wartawan Harian Metro turut bertanyakan kepada Sarah mengenai kenyataan yang diucapkan Syamsul hari ini.

Sarah memaklumkan bahawa segala persoalan telah dijawab sebelum ini.

“Semua dah dijawab.” Kata Sarah ringkas.

Sebelum ini, Syamsul memaklumkan bahawa dia sedang berusaha untuk memperbaiki keadaannya dengan isteri pertamanya itu, malah Syamsul turut meminta ruang dan masa untuk meredakan situasi dengan Sarah dan ahli keluarga lain.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Dah Tiada Rasa Hormat, Awak Mahukan Perpisahan? Baik…” – Syamsul Yusof Kecewa Dimaki, Tampil Dedah Sebab ‘Block’ Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: “Cukuplah Dengan Drama Play Victim Ni” – Puteri Sarah Minta Syamsul Yusof Jangan Putar Belit Cerita

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari