[VIDEO] Azhar Sulaiman Kongsi Detik Cemas Kasih Leia Ixora Pengsan, Badan Kurus Akibat Menghidap Sakit Hipertiroid

Pelakon, Azhar Sulaiman berkongsi detik cemas saat puteri sulungnya, Kasih Leia Ixora dikatakan pitam selepas menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya, Azhar meluahkan rasa risau atas kesihatan anaknya yang difahamkan menghidap sakit hipertiroid.

ā€œKasih pitam di tempat parking kereta PPUM. Nasib baik orang lalu lalang kenal saya.. Kalau tak mesti diorang syak saya cuba culik awak papah bawak masuk kereta,ā€ tulisnya di ruang kapsyen.

Sebelum ini, bentuk fizikal badannya yang terlampau kurus dan mata hitam telah mencuri perhatian ramai selepas Kasih aktif memuat naik kandungan di media sosial.

Lantaran itu, Kasih yang berusia 21 tahun itu berkongsi video berada di bilik rawatan di wad prosedur khas serta menunjukkan kesan pemeriksaan yang diambil di bahagian lehernya.

Penyakit hipertiroid adalah kelenjar berbentuk kecil kupu-kupu yang terletak di bahagian depan leher yang berpunca daripada penghasilan hormon tiroid berlebihan sehingga meningkatkan metabolisme badan.

Kesan sampingan penyakit tersebut termasuklah penurunan berat badan mendadak, degupan jantung tidak teratur, keguguran rambut, pening dan muntah.

Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, ramai memberi tips untuk mengelakkan kasih pitam dengan menyediakan gula-gula angin serta menasihatkannya untuk tidak keluar berseorangan kerana bimbang perkara sama akan terjadi.

Ramai dalam kalangan pengikut Azhar mendoakan agar Kasih cepat sembuh dan diminta untuk jaga diri.

Ā 

Aqilah Paharuzi