“Kalau Betul Sayang, Pasti Tiada Yang Kedua” – Tweet Eyra Hazali Jadi Perhatian

Selepas susur masa media sosial tular dengan kisah rumah tangga antara pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, ramai nampaknya rakan selebriti mahupun warganet yang tidak putus memberikan kata-kata semangat buat aktres cantik itu.

Malah, ada yang secara tidak langsung tampil menyatakan rasa kecewa mereka di media sosial berhubung konflik yang melanda rumah tangga mereka.

Ini termasuklah ciapan yang dimuat naik pelakon, Eyra Hazali atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali, 24, di Twitter miliknya.

Kata Eyra, sekiranya seseorang itu sayang kepada isterinya pasti tiada istilah orang kedua dalam perhubungan ataupun rumah tangga mereka.

 

Perkongsian yang seakan-akan ditujukan terhadap konflik yang sedang hangat diperkatakan itu sekaligus  rumah tangga Syamsul Yusof itu, sekaligus mencuri perhatian warganet.

Malah, terdapat segelintir dalam kalangan warganet berharap agar pengarah terkenal itu dapat mengambil iktibar dan berfikir dengan baik terhadap setiap tindakan yang dilakukannya  pada masa hadapan kelak.

Bagaimanapun, menerusi hantaran yang berlainan pula, Eyra memberi komen balas mengenai hantrannya itu yang disifatkan lebih ramai yang tampil mempertahankan individu yang ‘menduakan’ berbanding yang disakiti.

“Lagi ramai back up yang ‘menduakan’ instead orang yang disakiti. Tidak mengapa, yang pasti saya doakan semua dipermudahkan urusan dan sentiasa ada untuk satu sama lain,” tulisnya.

 

Salma Syahbuddin