Tipulah Kalau Tak Pernah Buat Silap, Nasib Baik Ada AG!

Jika dulu, wanita ini lebih dikenali sebagai penyanyi dangdut popular tetapi rezekinya lebih menyerlah sebagai penyampai radio.

Mengendalikan slot Pagi Hari Di Kool (PHD) di waktu pagi, Haiza berganding sama dengan penyampai AG dan Muaz.

Akui Haiza yang lebih dua tahun bersiaran di stesen radio popular itu, dia juga tidak pernah lari dari membuat kesilapan ketika bersiaran.

“ Sebelum ini saya tak pernah buat paneling di mana saya hanya jadi penyampai sahaja di radio terdahulu.

“ Bila saya masuk Kool FM, saya baru ‘berkenalan’ dengan benda-benda ini semua. Dah macam pilot pun ada, tolak tekan itu dan sebagainya. Pernah satu masa tu, radio tak berbunyi langsung selepas tersilap tekan,” katanya sambil ketawa.

Dalam masa sama, Haiza turut berterima kasih kepada AG yang merupakan rakan setugas ketika mengendalikan segmen PHD Kool.

“ AG banyak membantu mengembangkan karier saya sebagai deejay kerana pengalamannya yang lebih lama dalam bidang ini.

“ Waktu saya buat silap, AG juga berpesan tak salah kalau kita buat silap kerana daripada situ, kita akan belajar dan tak mengulanginya lagi,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Konsert Fenomena D Pop di Shah Alam, semalam.

Haiza juga tidak mengehadkan sebarang waktu untuk berkhidmat.

“ Selagi khidmat saya diperlukan, selagi itulah saya berbesar hati untuk meneruskannya,” akhirinya.

Dengarkan Haiza, AG dan Muaz di slot PHD setiap Isnin – Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi! 

SGMS Faida