Categories: familuv

Ini Cara Untuk Pastikan Anak Anda Makan Bekalan Makanan Yang Dia Bawa Ke Sekolah

Makanan yang dijual di kantin sekolah tak semestinya sihat dan baik untuk anak anda.

Bagi anda yang tak sempat nak masak, terpaksalah bagi saja duit belanja dengan harapan dia beli makanan yang berkhasiat.

Tapi bagi yang anda memang berpeluang untuk luangkan masa bagi sediakan makanan, mestilah anda nak beri yang bagus untuk kesihatannya, kan?

Cabarannya sekarang, nanti dia makan dan habiskan makanan itu atau tidak?

“Inilah salah satu kesukaran yang ibu bapa sekarang alami,” kata Sally Squires, penulis blog Lean Plate Club™.

“Anda pack makanan dengan penuh kasih sayang, tapi bila mereka pulang, anda dapat tahu yang mereka hanya makan separuh, ataupun dah makan benda lain.”

Aduh, sedihnya! Macam penat lelah kita tak dihargai.

Sebuah kajian terbaru telah diterbitkan dalam jurnal pediatric American Medical Association. Ia merujuk kepada tabiat pemakanan kanak-kanak bersekolah tadika.

Ia mencadangkan, dengan mengubah sesuatu yang semudah presentation makanan yang dibekalkan, anda gerenti boleh meninggalkan impak besar.

Foto: www.bbcgoodfood.com

“Nampaknya kanak-kanak akan berminat dengan apa yang nampak menarik bagi mereka,” kata Sally.

Dalam kes ini, cuba gunakan bekas makanan yang ada compartment berserta gambar-gambar makanan berkhasiat seperti sayur dan buah.

Ada kemungkinan besar yang anak anda akan rasa lebih cenderung untuk makan sayur dan buah-buahan yang anda bekalkan daripada jika dia diberikan bekalan dalam bekas plain dan tak bergambar.

Selain itu, apa lagi yang ibu bapa boleh buat?

Foto: EatingWell

1. Tunjukkan contoh teladan yang baik.

“Anda perlu jadi role model yang bagus untuk anak anda,” kata Sally. “Kita mungkin ingat yang dia tak perasan apa yang kita buat, tapi mereka nampak…

“Anda bolehlah cakap apa saja yang anda nak kepadanya, ‘Makan buah itu, makan satur itu,’ tapi kalau anda sendiri tak makan, mereka takkan makan juga.”

2. Pertimbangkan saiz portion makanannya.

“Sering kali, kita tuangkan makanan lebih banyak daripada jumlah yang mereka perlu makan,” kata Sally lagi. “Pilih variasi yang banyak, tapi kecilkan saiz hidangan mereka supaya secara keseluruhannya, bekalan makanan itu lagi menarik buatnya.

Sally mencadangkan ibu bapa guna kotak makanan Bento atau beg snek.

3. Minta pendapat anak anda juga.

“Jika anda berkata kepada mereka, ‘Awak nak strawberi atau anggur hari ini untuk makan tengah hari? Nak lobak merah ataupun daun saderi? Nak hummus atau ranch dressing?’

“Anda berikan banyak pilihan tapi mereka yang akhirnya buat keputusan nak makan apa,” tambah Sally.

“Jika mereka menjadi sebahagian daripada proses membekal makanan ini, ada kemungkinan besar yang mereka akan makan apa yang anda bungkus.”

Sumber: Washington’s Top News

Ad Ops