Tiru Gaya Beto Kusyairy Catwalk, Shuib Pakai Samping Singkat – “Ini Betul-Betul Nak Tunjuk Bujang Ni…”

Pelawak dan usahawan Shuib mencuri perhatian netizen apabila menggayakan kain samping saiz kanak-kanak.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia melakonkan semula pertunjukan fesyen Bulan Bintang oleh pelakon Beto Kusyairy.

“Beto KhuSyaiib,” tulisnya di kapsyen.

Di dalam video tersebut, dia menggayakan sepasang baju melayu berwarna merah jambu dan kain samping yang singkat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pemakaian sampingnya.

Malah, ada yang berpendapat bahawa samping yang digayakan adalah milik anak lelakinya, Ariq Matin.

“Bang pulangkan balik sampin Matin.

“Ini betul-betul nak tunjuk bujang ni samping atas lutut.

“Tu skirt nak main tenis ke macam mana?,” komen netizen.

Maya Basir