“Tolong Pulangkan Mierul Yang Dulu” – Makin Seksi! Mierul Aiman ‘Belanja’ Foto Ketiak?

Pelakon dan model lelaki Malaysia, Mierul Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Amirul Aiman Norazman sedang hangat diperkatakan dalam kalangan netizen selepas memuat naik beberapa keping foto seksi di laman sosial miliknya.

Difahamkan, foto tersebut dimuat naik Mierul kerana dia adalah antara artis yang ditawarkan untuk menghiasi muka depan majalah ‘Glam Lelaki’, baru-baru ini.

Tidak habis disitu, selain foto, fesyen yang diperagakan anak muda berusia 24 tahun ini juga antara yang menerima kecaman kerana dilihat terlalu seksi termasuklah menunjukkan bahagian ketiaknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ramai yang tidak bersetuju dengan gaya baharu Mierul itu sehinggakan terdapat segelintir peminat yang mahu dia kekal dengan penampilan sebelum ini.

“Weh, makin pelik ni kenapa? Takut pula tengok fesyen macam ni. Tolong pulangkan Mierul yang dulu. Fesyen apa entah zaman sekarang ni,” ujar netizen.

Nurul Hana