Trending No. 1, MK K-Clique Bikin ‘Pecah’ Pentas ICSYVMY3?

Terus trending dengan 466, 194 juta tontonan? Wow!

#ICSYVMY3 kali ini menampilkan rapper yang tidak asing lagi iaitu MK dari kumpulan K-Clique dan juga Zizan Razak sebagai tetamu jemputan.

Nampak gayanya, episod #ICSYVMY3 kali ini sangat menguji kesabaran bukan sahaja penonton di rumah tetapi artis undangan kita.

Mana taknya, kesemua peserta kali ini memang cukup berbakat sehinggakan juri dan MK sendiri keliru dan ragu-ragu terhadap keputusan yang diambil.

Haa, kalau tak percaya tengok lah persembahan salah seorang peserta kita ni, bukan setakat suara sedap, teknik nyanyian beliau juga begitu dikagumi juri dan penonton yang hadir.

Namun, nampak gayanya nasib menyebelahi MK apabila kedua-kedua peserta diperingkat akhir merupakan penyanyi sebenar.

Walaupun kelihatannya MK terkesan kerana menyingkirkan orang kampung beliau, iaitu peserta bernama Fadhil Arif yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Keupayaan peserta No. 2 turut diakui Zizan Razak apabila Zizan memilih beliau sebagai penyanyi pilihan berbanding peserta No.1.

Jom, kita saksikan sedikit persembahan saudara Fadhil Arif .

Apapun, pilihan MK merupakan penyanyi sebenar dan berjaya menjadi artis rakaman dibawah label Warner Music dan Monkey Bone.

Untuk mengetahui dapatkah tetamu jemputan pada episod seterusnya mengulangi kejayaan MK dalam memilih penyanyi misteri? Jangan lupa saksikan #ICSYVMY3 pada setiap hari Ahad, pada jam 9 malam hanya di TV3.

Salma Syahbuddin