#TriviaXTRA: Layak Digelar ‘Beauty with Brain’ Tapi Membosankan? Ini 4 Perkara Menarik Tentang Amelia Henderson!

Berjinak dalam dunia seni sejak kecil, Amelia Henderson merupakan seorang pelakon, model dan pengacara yang popular dalam industri hiburan.

Pelakon berdarah kacukan India-Scotland ini mula berkecimpung dalam industri seni sejak berumur setahun apabila dipilih menjadi model untuk iklan Mothercare.

Nama Amelia mula melonjak naik menerusi sebuah drama yang berjudul Jangan Benci Cintaku ini merupakan anak kelahiran Malaysia yang membesar di Selangor.

Jadi, ini antara perkara menarik yang ramai tidak tahu tentang Amelia Henderson.

1. Suara Latar (VO) Untuk Animasi Barbie

Amelia pernah menjadi suara latar untuk siri animasi popular, Barbie. Antaranya ialah Barbie in A Christmas Carol, Babrbie and The Three Musketeers, Sing Along With Barbie.

Untuk filem animasi tempatan. Amelia pertama kali menyumbangkan suaranya bagi Didi & Friends The Movie yang bakal ditayangkan mulai 23 Februari 2023.

Wah! Bestnya jadi Amelia

2. Tak Pandai Masak

Pelakon jelita ini berkongsi bahawa dia tidak pandai memasak langsung kerana sibuk dengan kerjaya malah sentiasa ‘on the go’. Sebab itu, Amelia nak calon suami yang pandai masak.

Delivery, drive-thru kan ada… tak pandai pun tak apa 😂

3. Seorang yang ‘Workaholic’ & ‘Boring Person’

Amelia mengakui dirinya seorang yang suka bekerja dan apabila tiada kerja dia lebih gemar berada di rumah serta berasa dirinya seorang yang membosankan.

Ye ke boring? Nampak Amelia macam cool je 🤩

4. Ahli Persatuan IQ Tertua Di Dunia

Bukan calang-calang! Amelia juga pernah menjadi ahli persatuan IQ tertua di dunia, Mensa International dengan memperolehi IQ sebanyak 180 pada umur 14 tahun!

Wow! Ini baru betul definisi ‘Beauty with Brain’

Atiqah Johari