Trofi Bintang Paling Popular ABPBH Ke-32 Milik Siapa Agaknya?

 Mampukah penyanyi lagu ‘Terlalu Memuja’ , Wany Hasrita mempertahankan trofi Bintang Paling Popular yang dimenanginya tahun lepas?

“Tahun ini, saya tidak mahu terlalu berharap kerana saya bimbang kecundang. Rasanya sakit menyakitkan.

”Saya tahu apabila menggenggam trofi Bintang Paling Popular, harapan peminat terhadap saya tinggi melangit,” katanya dalam temubual bersama Berita Harian.

Wany juga memenangi trofi Penyanyi Wanita Popular pada tahun yang sama mengalahkan calon ‘favourite’ dan pemenang kategori itu dalam ABPBH yang ke-30, Siti Nordiana. 

Apa-apa pun semoga berjaya kepada semua yg tercalon pada malam ini dan jangan lupa  temu janji kita di Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-32 jam 9 malam di TV3.

Del14