“Alhamdulillah Ada Yang Nak Anak Saya” – Dato’ Rosyam Nor

Cantiknya Nur Anis, anak kedua Dato’ Rosyam Nor yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya Jumaat lalu.

Majlis resepsi berlangsung meriah di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal semalam dihadiri rakan artis yang rapat dengannya seperti Elfira Loy dan Bella Dally. 

Mengenakan busana songket rona pastel, Anis kelihatan sungguh ayu dan berseri-seri apabila memasuki dewan diiringi lagu keroncong klasik ‘Sayang di Sayang’. 

Majlis akad nikah turut dijalankan pada hari Jumaat di lokasi sama yang mana pasangan mempelai memakai busana berwarna putih.

Menurut laporan sebuah laman portal yang menemubual Dato’ Rosyam Nor semasa majlis tayangan perdana filem Motif di e@Curve Damansara baru-baru ini, Dato’ Rosyam menyatakan bahawa dia percaya dengan jodoh dan tidak mencampuri urusan pemilihan pasangan hidup anaknya. 

“Eh! Itu anak saya yang nak kahwin bukan saya. Saya percaya dengan jodoh. Kalau dia memilih individu tersebut jadi baik buruk haruslah tanggung dan diterima.

“Alhamdullillah ada pihak yang inginkan anak saya, kalau tak ada lagi saya pening,” selorohnya. 

Anis sebelum ini selalu kelihatan menemaninya bapanya itu ke majlis-majlis tayangan perdana filem lakonan Dato’ Rosyam Noor atau nama sebenarnya Mohamed Noor Bin Shamsuddin.

Kami di Xtra ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan Anis dan Hariz dan semoga berbahagia ke anak cucu! 

Del14