Hiburan By: Del14 September 22, 2019 @ 7:48pm

“Alhamdulillah Ada Yang Nak Anak Saya” – Dato’ Rosyam Nor

Cantiknya Nur Anis, anak kedua Dato’ Rosyam Nor yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya Jumaat lalu.

Majlis resepsi berlangsung meriah di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal semalam dihadiri rakan artis yang rapat dengannya seperti Elfira Loy dan Bella Dally. 

Mengenakan busana songket rona pastel, Anis kelihatan sungguh ayu dan berseri-seri apabila memasuki dewan diiringi lagu keroncong klasik ‘Sayang di Sayang’. 

Majlis akad nikah turut dijalankan pada hari Jumaat di lokasi sama yang mana pasangan mempelai memakai busana berwarna putih.

 
 
 
View this post on Instagram

#HARIZFOUNDHISNUR . . . . ?

A post shared by 25 | ?? | (@elfiraloy) on

Menurut laporan sebuah laman portal yang menemubual Dato’ Rosyam Nor semasa majlis tayangan perdana filem Motif di [email protected] Damansara baru-baru ini, Dato’ Rosyam menyatakan bahawa dia percaya dengan jodoh dan tidak mencampuri urusan pemilihan pasangan hidup anaknya. 

“Eh! Itu anak saya yang nak kahwin bukan saya. Saya percaya dengan jodoh. Kalau dia memilih individu tersebut jadi baik buruk haruslah tanggung dan diterima.

“Alhamdullillah ada pihak yang inginkan anak saya, kalau tak ada lagi saya pening,” selorohnya. 

Anis sebelum ini selalu kelihatan menemaninya bapanya itu ke majlis-majlis tayangan perdana filem lakonan Dato’ Rosyam Noor atau nama sebenarnya Mohamed Noor Bin Shamsuddin.

Kami di Xtra ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan Anis dan Hariz dan semoga berbahagia ke anak cucu! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

沙米尔等你《来爱》!首支单曲飞中国录音

李佩玲的同门师弟Meer Nash沙米尔经过筹备、培训1年后,他终于以首支单曲《来爱》正式出道!

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

当年红遍半边天的棒棒堂Lollipop,现在都去哪了呢?

相信许多90后,应该都对「我爱棒棒堂」不陌生吧!而当时红到不行的Lollipop,相隔多年的现在都跑到哪里了呢?

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Kanye West and Kim Kardashian Expecting Fourth Child

She told people during a Christmas Eve party while drunk.

Featured Mon, 15 Nov 2021

Penerbit Cukup Derita Itu Mohon Kerajaan Benarkan Kanak-Kanak Berlakon

Penerbit popular, Siti Rosmizah memohon kerajaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memberikan kelonggaran untuk pelakon kanak-kanak untuk terlibat dalam penggambaran drama. Mengulas berkenaan isu pelakon kanak-kanak yang tidak dibenarkan datang ke set penggambaran

Hiburan Sun, 26 May 2019

Susah Cari Pekerja, Azharina Rehat Berniaga Ayam Bakar

Azharina juga bercadang nak buka kafe sekiranya mendapat kakitangan yang cukup & mahir. Good luck Nina!

Trending Thu, 30 Jun 2022

“Kepada Sesiapa Yang Sondol Selepas Ini Perlu Lebih Berhati-Hati” – Enggan Terus Dipijak, Puteri Sarah Saman Ira Kaza

Puteri Sarah akhirnya saman Ira Kazar yang menjadi orang ketiga dalam perkahwinannya.

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Memang Trend Artis Tutup Ruangan Komen Ke?

Kenapa agaknya? Adakah ini antara langkah berjaga-jaga seseorang artis untuk tidak dikecam?

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Tasha Shilla Tukar Angin, Bakal Berlakon Di Luar Pula?

Wah…semoga dipermudahkan urusan!

Contest Fri, 10 May 2019

xtra好康头 | 送你《蔡琴2019有琴有艺演唱会》入门票

「金嗓歌后」蔡琴重返大马云顶云星剧场!xtra好康头将送你入门票,与蔡琴一同欢聚共庆父亲节。

| Live TV