Categories: HiburanSelebriti

Tuduhan Guna ‘Mak Esah’ Viral, AKHIRNYA Netizen Tampil Mohon Kepada Misha Omar

Akhirnya, seorang individu tampil memohon maaf dan menarik balik kenyataannya terhadap penyanyi Misha Omar, sebelum ini.

Lelaki berkenaan juga mengaku sudah memohon maaf sehari sebelum penyanyi Sampai Bila itu melakukan sidang media berhubung fitnah gelaran ‘Mak Esah’ terhadapnya.

“ Saya akui kesalahan saya dan menyesal atas apa yang berlaku. Saya sudah menghubungi peguam Misha dan mahu berjumpa dengannya secara peribadi.

“ Kenyataan dan video sebelum ini juga sudah dipadamkan,” katanya kepada BH Online.

Akuinya, dia memuat naik status di Twitter kerana terlalu kecewa apabila penyanyi kesayangannya tidak meraih sebarang kemenangan pada acara berkenaan.

Dalam pada itu, lelaki berusia 27 tahun itu tidak menyangka hal ini menjadi besar kerana menganggap kenyataan sebelum ini sebagai gurauan.

“ Jujur saya takut dan macam-macam hal bermain di fikiran saya. Saya fikir macam mana nak cari duit bayar sama dan duduk penjara. Saya minta maaf,” katanya.

Terdahulu, Misha melakukan sidang media menuntut permohonan maaf daripada beberapa individu yang menuduhnya menggunakan sihir untuk bersemuka dengannya dalam tempoh tujuh hari atau berdepan tindakan susulan.

SGMS Faida