Tuju K-Clique ‘Kurang Ajar’?

Tidak menganggap respon netizen yang melabel dirinya sebagai ‘kurang ajar’ pada konsert Lazada 11:11 lepas sebagai salah satu bentuk hentaman, Tuju bagaimanapun memohon maaf kepada individu berkenaan sekiranya cara dan tindakannya pada ketika itu mengguris hati pihak tersebut.

Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah Awang Zamri berkata, mungkin pada acara tersebut beliau tidak menyedari apa sebenarnya yang terjadi, disebabkan terlalu rushing kerana terlibat dengan acara lain.

“Saya pun tidak tahu dimana kasar saya. Sekiranya orang itu terasa,saya minta maaf. Personal dari diri saya. Kita bukanlah malaikat, perfect sangat.
“Mungkin masa itu, tengah rehearsal dan kami rushing sebab dalam masa yang sama K-Clique ada dua event yang berbeza dan memerlukan kami untuk membuat persembahan”
” Kami masih belajar. Kalau saya salah, saya minta maaf” Jelasnya ketika ditemui pada Showcase K-Clique and Clans di The Bee Publika, Kuala Lumpur yang lalu.
So, diharap individu terbabit dapatlah memaafkan Tuju diatas kesalahan yang mungkin menyinggung perasaan individu tersebut mahupun mana-mana peminat beliau yang lain.
Salma Syahbuddin