Tular Video Aksi Ghairah Di Kelab Malam, Ini Respons Ameerul Asyraf – “Tak Tahu Apa Tujuan Dia…”

Baru-baru ini, nama pelakon baru Ameerul Asyraf hangat menjadi perbualan ramai di serata media sosial ekoran kontroversi video ghairah di kelab malam.

Video yang dimuat naik oleh kekasih hatinya itu mengundang 1001 persoalan serta telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Tampil menjernihkan namanya, Ameerul tidak menafikan individu dalam video berkenaan adalah dirinya, namun begitu ia dirakam sekitar tahun 2019.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Teman Wanita Kesal Pelakon Lelaki Curang & Kaki Clubbing, Abai Janji Nak Bertunang – “Setia, Susah Senang Bersama Tapi…”

“Itu memang saya, tapi video tu dah lama. Semua itu kisah silam saya. Saya pun tak tahu apa tujuan dia mendedahkan video lama kepada wanita yang saya sedang berkawan, iaitu Eyra.

“Saya faham mungkin Eyra upload sebab dia tak tahu nak luah macam mana. Saya ada cuba hubungi dia untuk berbincang perkara ini.

“Mula-mula saya dapat hubungi, tapi selepas itu dia sekat nombor saya. Kalau boleh saya nak selesaikan dengan cara baik dan tak memanjangkan isu,” ujarnya.

Dalam video tular yang sama, kekasih hatinya meluahkan rasa kesal atas sikap Ameerul yang didakwa curang serta mengabaikan janjinya untuk mengikat tali pertunangan.

Begitupun, memetik laporan Astro Gempak, Ameerul berkata dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya itu.

“Saya memang mempunyai hubungan rapat dengan wanita itu.. dia selalu teman saya pergi shooting. Tapi saya tak ada menyatakan mengenai bertunang.

“Mungkin ada la percakapan soal itu tapi belum ada perancangan yang betul-betul. Sebab fokus utama adalah seni,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

Aqilah Paharuzi