Tular Video Mirip Pelakon Cilik Didakwa Beron*ni?

Nama pelakon kanak-kanak popular hangat menjadi perbualan di media sosial sejak semalam sehingga trending di Twitter kerana video lucah yang didakwa mirip dirinya tular.

Video berdurasi lebih dua minit itu telah meraih pelbagai reaksi netizen yang turut tidak menyangka individu mirip pelakon kanak-kanak berusia 12 tahun itu sanggup merakamkan perbuatan terbabit.

Menerusi ruangan Twitter, video tersebut memaparkan kanak-kanak lelaki berada di dalam bilik tidurnya sedang berdiri di hadapan cermin sambil merakam dirinya melakukan aksi tidak senonoh.

Meskipun video itu kurang jelas kerana kabur, namun rata-rata netizen mendakwa individu tersebut ialah seorang pelakon kanak-kanak yang wajahnya sering tersiar di kaca TV.

Meninjau di ruangan komen, ada dalam kalangan netizen yang memuat naik satu Instagram Story daripada pelakon kanak-kanak tersebut yang mendakwa dirinya mempunyai seorang ‘doppelganger’.

“Shooot… I got doppelganger! Damn! Nak juga jumpa kau, nak selfie, by the way thank you new followers,” tulisnya.

Sementara itu, ramai antara netizen yang memberi respons terhadap kenyataan pelakon berkenaan dengan berkata tiada siapa akan berani mengaku apabila telah buat perkara tidak senonoh.

Aqilah Paharuzi