Anak kepada komposer Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali mengakui telah putus cinta dengan kekasihnya, Alyssa Daguise selepas enam tahun bersama.

Menerusi perkongsian di TikTok milik @Queenna, ibu Al Ghazali iaitu Maia Estianty mendedahkan keputusan untuk berpisah dibuat selepas melakukan solat istikarah.

“Sebenarnya Al Ghazali sudah membuat persiapan sesuatu yang besar buat bekas kekasihnya kerana niat mereka mahu serius.

“Maka dia disuruh melakukan solat istikarah. Selepas solat, dia mendapat jawapan dari Allah dan akhirnya mereka berpisah,” katanya.

@ilyqueenna #fyp #alghazali #maiaestianty ♬ Bahaya – Arsy Widianto & Tiara Andini

Menurut Al Ghazali yang merupakan seorang DJ memberitahu dia sudah mengikhlaskan dirinya bahawa mereka tiada jodoh.

“Aku pasrah dengan ketentuan Allah. Aku sudah ikhlaskan.

“Awalnya memang terasa kehilangan cuma apabila banyak yang memberi sokongan tidak lagi rasa begitu,” ujarnya.

Terdahulu, kisah cinta Al Ghazali dan bekas kekasih menjadi perhatian umum apabila dikhabarkan sudah berkahwin secara senyap.Anak kepada komposer Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali mengakui telah putus cinta dengan kekasihnya, Alyssa Daguise selepas enam tahun bersama.

Menerusi perkongsian di TikTok milik @Queenna, ibu Al Ghazali iaitu Maia Estianty mendedahkan keputusan untuk berpisah dibuat selepas melakukan solat istikarah.

“Sebenarnya Al Ghazali sudah membuat persiapan sesuatu yang besar buat bekas kekasihnya kerana niat mereka mahu serius.

“Maka dia disuruh melakukan solat istikarah. Selepas solat, dia mendapat jawapan dari Allah dan akhirnya mereka berpisah,” katanya.

Menurut Al Ghazali yang merupakan seorang DJ memberitahu dia sudah mengikhlaskan dirinya bahawa mereka tiada jodoh.

“Aku pasrah dengan ketentuan Allah. Aku sudah ikhlaskan.

“Awalnya memang terasa kehilangan cuma apabila banyak yang memberi sokongan tidak lagi rasa begitu,” ujarnya.

Terdahulu, kisah cinta Al Ghazali dan bekas kekasih menjadi perhatian umum apabila dikhabarkan sudah berkahwin secara senyap.

Maya Basir