“Walau Sesial Mana Ibuku…” – Luahan Hati Puteri Balqis & Ibu Buat Warganet Emosi

Pelakon, Puteri Balqis sebelum ini telah membuat pendedahan yang mendakwa melalui kehidupan jijik pada zaman kanak-kanak bersama bapa kandung.

Menerusi video yang tular di media sosial, remaja berusia 15 tahun itu mendedahkan sisi-sisi gelap hidupnya yang terpendam sejak dari usianya masih kecil lagi.

Lebih mesra disapa Aqish, dia mendakwa bapanya seorang lelaki yang tidak bekerja dan tidak bertanggungjawab kepada keluarganya.

Aqish dan ibunya terpaksa hidup dengan ‘nafsu binatang’ bapa dan antara perbuatan jijik yang dilakukan adalah serangan seksual.

Banyak yang dikongsikan oleh Aqish sehinga warganet terkejut dengan pendedahan tersebut dan menganggap derita yang ditanggung oleh anak kecil ini pada waktu itu sangat hebat.

Terbaharu, menerusi satu muat naik di Instagram, Aqish meluahkan apa yang dirasakan ibunya yang tabah berhadapan dengan ujian hidup itu.

Berikut adalah perkongsian tersebut:

Perkongsian yang dibuat oleh Aqish tersebut ternyata sangat mendalam dan penuh emosi.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories pula, dia memuat naik luahan hati ibunya yang terpaksa bertahan dengan suaminya yang tidak berperikemanusiaan itu.

Ibunya mendedahkan kelakuan suami durjana itu yang terlibat dengan pelbagai jenayah antaranya jenayah curi motosikal, menyamun  dan banyak lagi yang didedahkan.

Menurut ibunya lagi, dia memberitahu suaminya itu tidak pernah ditangkap atau tertangkap oleh pihak berkuasa kerana mempunyai kroni yang ramai.

Berikut merupakan perkongsian penuh Aqish mengenai luahan hati ibunya:

Sumber: IG morosechild

Khairil Khusyairi