Tunai Impian Bapa Sambut Ulang Tahun Di New Zealand, Peminat Kagum Dengan Sikap Hairul Azreen

Pelakon Hairul Azreen berkongsi rasa gembira selepas dapat merealisasikan impian bapanya untuk menyambut ulang tahun kelahiran di New Zealand, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hairul telah memuat naik video ibu bapanya yang berada di pergunungan New Zealand sebagai hadiah ulang tahun kelahiran yang ke-71 tahun.

“Happy birthday Abah , tahun ni abah minta nak celebrate birthday di New Zealand, jadi inilah hadiah ulang tahun kelahiran abah yang ke 71, 15 sept 1951,” tulisnya.

Dalam pada itu, Hairul juga turut mengimbau kembali pesanan bapanya selepas berjaya mengembangkan sayapnya dalam industri lakonan sebagai seorang pengarah filem yang berjudul, Ada Hantu 2.

“Abah selalu pesan manusia takkan boleh berjaya tanpa disiplin. Hari ni filem Fendi keluar sebagai pengarah filem,” katanya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya kagum dengan sikap Hairul yang sanggup berhabis wang ringgit untuk menggembirakan kedua ibu bapanya.

“I saloute you brother. You have my utmost respect.

“Alhamdulillah…Anak yang soleh sentiasa mengembirakan hati kedua orang tuanya…Happy belated birthday buat abahnya ya

“Tahniah Hairul dapat berbakti dan mengembirakan orang tuamu…Teruskan sehingga akhir hayatnya…Semoga Allah taala kurniakan syurgawi buatmu suami isteri…Inshaallah…Happy birthday en.eddyri,” komen netizen.

Fatin Nurain