Categories: HiburanSelebriti

Tunggu Masa Sesuai Buka Instagram Anak

Baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan sudah mempunyai lagu untuk anaknya yang bakal lahir pada bulan Mac nanti.

Dalam satu temubual, Siti turut ditanya sama ada anak yang bakal dilahirkan itu turut mempunyai akaun Instagram sendiri seperti anak selebriti-selebriti lain.

Pasti ramai peminat Siti Nurhaliza menantikan akaun Instagram anaknya itu untuk mengetahui perkembaggan terkini bayi tersebut seawal dari dalam kandungan lagi.

Siti memberitahu, beliau akan membuka akaun Instagram untuk anaknya namun masih menunggu masa yang sesuai.

“Anak-anak pun ada cakap juga dengan saya. Saya pun tak ada la terlalu berahsia sangat. Cuma tunggu masa yang sesuai. Bila dah sampai masa sesuai barulah buka. Tak tahu lagi bila.

Siti turut kongsikan beliau dan suami bakal umumkan jantina bayi tidak lama lagi.

“Saya akan kongsikan dengan anda semua. Saya dan suami akan kongsikan bila masa dah sesuai, bayi cukup sifat, kami akan kongsikan,

SGMS Enal