TV3 Tampil Wajah Baharu, Program Lebih Segar Bermula 2019

Program Aduan Rakyat bakal bersiaran kembali di saluran TV3 bermula tahun depan.

Hal ini disahkan oleh Pengarang Urusan Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA), Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Manja Ismail memberitahu usaha ini diambil kira kepentingan suara rakyat.

“ Program ini khas untuk orang ramai yang ingin mengajukan aduan mereka ke perhatian pihak berkuasa melalui platform TV atau saluran YouTube, Facebook atau Twitter kami.

“ Bukan itu sahaja, beberapa segmen turut disiarkan semula bagi memberi peluang kepada masyarakat menyuarakan pandangan mereka,” katanya.

Dalam masa sama, segmen Apa Khabar YB juga bakal bersiaran bagi memberi peluang kepada rakyat mengenali lebih dekat pemimpin kerajaan yang baharu.

Dalam pada itu, pembaharuan tersebut akan bermula pada pukul 12 tengah malam, 31 Disember ini menerusi berita bahasa Inggeris, Nightline.

Bertemakan ‘Merakyatkan Berita’, slot buletin TV3 akan mengembalikan format berita dari orang awam menerusi liputan dan segmen khas di semua platform siaran iaitu di televisyen dan media sosial.

Selain itu, tiga wajah baharu pembaca berita diperkenalkan terdiri daripada Nik Munirah, Ramzan Mohd Saufi, Fatin Hamimah Yusof dan Naquia Basharudin.

SGMS Faida