Ucapan Ulangtahun Jonghyun SHINee Kini Trending!

Nampaknya pemergian penyanyi Kumpulan SHINee ini masih lagi mendapat perhatian oleh rata-rata peminatnya di seluruh dunia.

Sempena menyambut ulang tahun kelahiran Jonghyun pada 8 April yang lalu, anggota kumpulan SHINee turut memberi penghormatan kepada beliau malah, ianya juga turut menjadi trending dilaman twitter selepas gambar penyanyi itu dimuat naik di media sosial rasmi SHINee sebagai tanda penghormatan kelahiran Kim Jonghyun.

 

Rata-rata peminat mengakui masih bersedih dan terkesan dengan kehilangan Jonghyun selepas dilaporkan meninggal dunia pada 18 Disember tahun lepas dengan memuat naik semula gambar-gambar penyanyi kesayangan mereka itu beserta mesej dan video ucapan selamat ulangtahun.

Dan, jika dilihat pada akaun rasmi instagram milik kumpulan kpop yang mencecah 1.7 juta itu, mereka turut meletakkan nama Jonghyun sebagai default picture mereka. Fighting SHINee!

Sebelum ini, Jonghyun ditemui mati dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya di Hwayang-dong, Korea Selatan. 

Salma Syahbuddin