Ude Sah Cerai Intan Talak Satu

Akhirnya, sah lah sudah perceraian antara Intan Liana dan Ude Wahid apabila Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30 melafazkan talak satu terhadap Intan, 33 pada jam 9.50 pagi tadi. 

Lafaz tersebut dibuat dihadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin dan Mahkamah turut memerintahkan Intan Liana menjalani tempoh iddah selama tiga bulan. 

Suasana tenang dan pilu itu turut dirasai oleh semua yang hadir apabila intan dilihat menitiskan air mata ketika Hakim Mahkamah Syarie memerintahkan pasangan ini bersalaman dan sejurus sahaja lafaz cerai disebut oleh pemuzik bebas ini. 

 

Intan yang berada dalam keadaan sebak itu dilihat melangkah keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Sri Keramat berkata beliau redha dengan ketentuan Allah.

“Saya redha dengan takdir yang Allah tentukan, sampai sini saja jodoh kami” Katanya.

Bagaimanapun, Ude telah memfailkan perceraian pada November lalu. Dan, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 3 dan Ariq Muqri, 1.

Kontroversi ini mula timbul apabila pelakon, Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude secara tertutup pada 8 Ogos lalu.

Salma Syahbuddin