Siti Muat Naik Suara Tangisan “Puteri Rasullullah!”

Sejak Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39,  menimang cahaya mata sulungnya yang digelar Fatimah Az-Zahra, beritanya menjadi topik hangat disetiap dada akhbar mahupun portal atau bloggers dalam talian.

Namun yang paling dinanti-nantikan tentulah wajah Siti dan puterinya yang dilahirkan sejak  Isnin lalu.

Terbaharu, penyanyi tersohor ini hanya memuatnaik  dalam Instagramnya foto beliau dari sudut belakang yang cuma menampakkan kepala bayi dan sisi wajah kirinya dalam pakaian serba hitam.

Mengiringi gambar tersebut Siti merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kenalan serta peminat dari empat Negara-  Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan lain-lainnya  yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan #BabyCTDK.

Kredit: Instagram CTDK

Wah! Nampak gayanya Fatimah-Az-Zahra dah ada nama tanda pagar #BabyCTDK. Mudahlah nanti sesiapa yang mahu tulis mengenai anak Siti boleh sahaja turunkan #BabyCTDK.

Sebelum itu, mereka yang juga sering melawat Instagram Siti sudah tentu tidak melepaskan peluang  menonton video pertama berdurasi 27 saat yang dimuatnaik penyanyi yang disayangi ramai ini.

Video berkenaan memperdengarkan suara tangisan #BabyCTDK dan pakaian pertama yang akan dipakainya. Malah secara gurauan Siti menyifatkan #BabyCTD  ‘sedang berlatih vokal‘.

Isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59, ini melahirkan Fatimah Az-Zahra seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, jam 8.17 pagi, pada 19 Mac lalu iaitu bersamaan tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Malah panggilan nama Fatimah Az-Zahra juga ibarat  mengikut nama puteri bongsu Rasullullah SAW daripada perkahwinan isteri pertama baginda, Khadijah!

 

SGMS Fas