Ungku Ismail Teringin Jadi Penyanyi?

“Kalau ada peluang apa salahnya,” kata pelakon Ungku Ismail Ungku Aziz yang tidak menolak jika diberi peluang bergelar penyanyi.

Kata hero drama Adellea Sofea itu, tidak salah untuknya mencuba sesuatu yang baharu. 

“Saya suka belajar dan kalau ada peluang menyanyi, saya sedia mencuba kerana nak belajar dan dapatkan ilmu.

“Namun, saya terfikir juga apakah orang sanggup mendengar nyanyian saya itu jika ada rezeki jadi penyanyi. Setakat menyanyi untuk persembahan teater muzikal, saya okay kerana sudah membuat latihan awal,” katanya yang meminati penyanyi terkenal, Datuk M Nasir. 

Oleh Fas

Ungku Ismail yang berlakon dalam teater muzikal Semarak Pertiwiku yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, semalam dan hari ini juga mempersembahkan tiga buah lagu. 

Teater Semarak Pertiwiku adalah hasil ilham Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan mendapat kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Istana Budaya.

SGMS Faida