“Untuk Awak Aciks…” – Tunjuk Jari Tengah, Liyana Jasmay Marah Siapa?

Baru-baru ini, pelakon dan penerbit Liyana Jasmay memuat naik sekeping foto di akaun TikToknya bersama beberapa orang individu.

Menerusi foto tersebut, dapat dilihat bahawa Liyana sedang berada di set penggambaran bagi sebuah drama terbarunya yang berjudul Alice Kampung Baru.

Apa yang menarik perhatian adalah foto tersebut memaparkan Liyana Jasmay, 35, menunjukkan isyarat jari tengah dan kapsyen yang ditulis.

“For you aciks mulut bawang, you perv and busybody outsiders!” tulis Liyana.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi reaksi seperti menyokong tindakan Liyana.

Namun begitu, Liyana tidak menyebut mana-mana nama individu dan tidak tahu ditujukan kepada siapa hantaran tersebut.

Atiqah Johari