Uqasha Senrose Akui Berat Bertambah Kerana Watak

Walaupun mengubah penampilan kerana watak yang dibawakan, pelakon cantik Uqasha Senrose mengakui ingin memberi kelainan pada wataknya kali ini.

Menurut Uqasha, perubahan beliau dapat dilihat menerusi pertambahan berat badan dalam telefilem terbarunya berjudul Saya Jual Ye Bang yang turut menggandingkan beliau bersama Zizan Razak.

Sumber : Instagram @uqashasenrose2

” Apa salahnya saya berikan sedikit kelainan terhadap watak yang dilakonkan dengan menambah berat badan? Peminat sering melihat saya dengan penampilan yang sama saja, jadi timbulnya idea untuk memberikan sesuatu yang berbeza sedikit dalam telefilem kali ini.” Katanya.

“Dan saya kembali menurunkan berat badan untuk naskah yang berbeza dalam tempoh yang agak singkat. Dan berat saya sudah kembali 49 kilogram” Tambahnya.

Jadi, bagi peminat Uqasha Senrose korang juga boleh saksikan beliau dalam Spanar Jaya X, yang akan disiarkan di TV3, pada setiap hari Sabtu, jam 11 malam okay!

Salma Syahbuddin