Categories: familuv

Ikuti cara Rasulullah SAW melayan isterinya. Cukup indah!

Junjungan besar, Nabi Muhammad SAW sememangnya mempunyai kehidupan yang dikagumi dan dicontohi. Baginda membuat sumbangan dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan, keagamaan, politik, peperangan dan ekonomi.

Bagaimanapun, tidak ramai yang berbicara tentang cara baginda melayan isterinya. Umum mengetahui baginda mempunyai sifat yang terpuji seperti lemah lembut, tegas dan adil.

Baginda berkahwin dengan Saidatina Khadijah sewaktu berumur 25 tahun. Sepanjang perkahwinan, baginda tidak pernah bernikah lagi dengan wanita lain sehinggalah isterinya itu meninggal dunia.

Romantik bukan? Ikuti cara ini supaya hubungan anda bersama pasangan kekal sehingga akhir hayat.

Foto: Instagram Hanis Zalika

1. Memanggil isteri dengan panggilan manja

Rasulullah SAW menggelar isteri baginda dengan panggilan yang menyenangkan hati. Contohnya memanggil Saidatina Aishah RA dengan gelaran yang sangat romantik seperti ‘humayra’ yang bermaksud ‘putih kemerah-merahan.’

Selain daripada panggilan ‘sayang’ cuba anda berfikir di luar kotak sedikit dan fikirkan gelaran yang comel dan romantik buat pasangan.

2. Menyuap makan menggunakan tangan sendiri

Baginda tidak menggunakan sudu sebaliknya menyuap makanan ke mulut isterinya menggunakan tangan! Suami di luar sana bolehlah cuba memasak makanan kegemaran isteri dan menyuap mereka pula. Jangan malu untuk mencuba. Pasti isteri anda akan menghargainya!

Foto: Astro Gempak

3. Mandi bersama

Berkata Aisyah : “Aku mandi bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam satu bejana, aku mendahuluinya dan ia mendahuluiku (mengambil wadah) sampai ia berkata: “tinggalkan untukku,” dan aku berkata, “tinggalkan untukku.” (H.R. An Nasai).

Hangatkan suasana dengan mengajak pasangan anda untuk mandi bersama-sama.

4. Tidur dalam keadaan berpelukan

Cara ini adalah bagi mengeratkan hubungan antara suami dengan isteri. Anda akan berasa bahagia setelah bangkit dari tidur. Cubalah!

5. Menjaga perasaan isteri

Sesetengah wanita mempunyai perasaan cemburu yang kadangkala melampaui jangkaan. Pun begitu, sifat cemburu itu sebenarnya mormal, namun tidak bermakna suami anda juga tidak akan cemburu langsung! Sifat tersebut adalah fitrah manusia.
Oleh itu, elakkan bercakap mengenai perkara yang akan menyakitkan hati pasangan. Lembutkan hati mereka dengan pujian dan elak melakukan perkara yang akan menimbulkan syak wasangka dalam kalangan pasangan anda.

Foto: KapanLagi.com

Setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjukkan kasih sayang antara mereka. Apa yang penting adalah usaha untuk membahagiakan pasangan anda.

Sumber: Rasoulallah.net

tex_admin