Uqasha Senrose Anggun Gayakan Baju Berona ‘Hot Pink’, Peminat Komen: “Macam Barbie Betul”

Pelakon jelita Uqasha Senrose tampil anggun menggayakan baju berona ‘hot pink’ sekali gus meraih perhatian dalam kalangan peminat.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Uqasha menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Umum mengetahui, warna merah jambu kini telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat gara-gara penangan filem Barbie yang mula ditayangkan di layar perak, 20 Julai lalu.

Dalam perkongsian tersebut, Uqasha sempat menggelarkan suaminya, Kamal Adli sebagai Ken yang merupakan salah satu karakter dalam filem itu.

“Hey ken Kamal Adli ❤️ Video lama photoshoot with my mader Shanell Harun,” tulisnya.

Terpegun dengan kecantikan aktres itu, perkongsian tersebut telah meraih ratusan pujian dalam kalangan peminat dan rakan selebriti di ruangan komen.

 

Fatin Nurain