Bekas Isteri Luah Rasa Syukur, Sam Bunkface Diarah Bayar Tunggakan Nafkah Anak

Penyanyi dan vokalis kumpulan Bunkface, Sam perlu membayar tunggakan nafkah anaknya kepada bekas isteri iaitu Aida Azira dalam tempoh 12 bulan selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor memutuskan pada Selasa.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Peguam Syarie yang mewakili Aida iaitu Siti Nur Hafizah Mohd Sharif selepas Sam atau nama penuhnya, Shamsul Anuar Baharom didapati gagal mematuhi perjanjian pembayaran nafkah anak sebanyak RM1,300 sebulan yang dibuat pada tahun 2021.

“Mahkamah memerintahkan Sam membayar duit nafkah seperti diperintahkan sebelum ini.

“Mahkamah memutuskan ada tunggakan lagi daripada pihak Sam yang perlu dijelaskan kepada anak guam saya (Aida).

“Sam tidak membayar nafkah sebanyak RM1,300 seperti yang dipersetujui pada 2021 dan tunggakan itu perlu dibayar semula dalam tempoh kurang 12 bulan,” katanya.

Dalam pada itu, Aida Azira Hussin bersyukur apabila perkara mengenai nafkah anaknya dapat diselesaikan dan keputusan berpihak kepadanya.

“Syukur sangat, Alhamdulillah,” jelasnya.

Terdahulu, pada 29 Mac lalu, Sam dan bekas isterinya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi sebutan kes nafkah anaknya, Maleeq yang kini berusia 6 tahun.

Bagaimanapun, Aida tidak bersetuju dengan permohonan tersebut dan meminta Sam untuk memberikan bukti sekiranya dia tidak mempunyai pendapatan seperti yang dimaklumkan.

Sekadar info, Sam dan Aida mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015 sebelum mengamnbil keputusan untuk berpisah pada penghujung Januari 2019.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin